Monday, September 24, 2007

TIP KEWANGAN DARIPADA SEGMEN WW-BERSAMA DR IRFAN HAIRI

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk
simpan 10% daripada pendapatan kita.
Konsep "Pay yourself first!"
 
Adakah anda melakukan ini?
 
Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik
The Richest Man inBabylon, yang mengatakan untuk
simpan apa sahaja pendapatn hartakita 1/10 bahagian.

Zaman kini, kita gunakan 10%. Bagi mereka yang
tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana
ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam
tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak
melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak
simpan 10% daripada pendapatan amat sukar.
Sebab hujung bulan, memang habis semua duit,
tak sempat menyimpan pun!
 
Jadi bagaimana?
 
Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan
10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja.
Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja.
Takkan simpan RM20 tak boleh?
 
Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa
dengan menyimpan 1%,
naikkan kepada 2%. Menjadi
RM40 sebulan.
Teruskan sehingga 3%... 4%...
berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini,
dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan
10% daripada pendapatan anda.
 
Sekiranya tidak boleh menyimpan 10%
kerana terasa amat sukar, tidak mengapa,
mulakan dengan 1% sahaja dulu.
Sikit-sikit,
lama-lama jadi
bukit!
 
Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat
gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu.
Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2
tanggungan hidup.
 
Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan
mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang
amat penting untuk semua ketahui adalah
konsep "compounding".
 
Compounding adalah konsep yang paling penting
untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana
ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.
 
Maksud compounding adalah wang yang anda
laburkan, dan menerima pulangan pelaburan,
akan berkembang dan menerima pulangan
pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.
 
Maksudnya, sekiranya anda laburkan
RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan
10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan.
RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun
berikutnya... dan seterusnya.
 
Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%,
wang anda akan berganda 2.
 
*Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh,
akan menjadi RM200.
 
*Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh
selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
 
*Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya,
dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama
7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi
RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah,
goyang kaki! Ini antara sebab mengapa yang
kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami
konsep penting COMPOUNDING!
 
Jadi, simpanan anda bulan-bulan 10%
(pay yourself first), laburkannya untuk
mendapat pulangan 10% pula. Dan segala
simpanan anda akan berganda dua kali
dalam masa 7 tahun!
 
Laburkan secara selamat dan halal
melalui institusi kewangan
yang sah :)

No comments: