Sunday, September 9, 2007

Terapi testosteron ‘lelaki menopaus’

DALAM pada wanita sering dipersalahkan apabila melalui krisis pertengahanusia dan dikaitkan dengan ‘ketidaknormalan’ menopaus, pasangan mereka pulaseolah-olah mendabik dada sambil mempropagandakan mitos tentang betapalelaki tidak dimakan usia. Lelaki tidak akan suka mendengar ini. Tetapi hakikatnya, mereka juga tidakterkecuali mendapat menopaus lelaki atau lebih tepat lagi, andropaus.Terimalah kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Pakar Runding Urologi, Datuk Dr. Tan Hui Meng berkata, testosteron iaituhormon seks lelaki yang utama akan berkurangan sebanyak satu peratussetiap tahun selepas lelaki mencecah usia 40 tahun. Jika tidak dirawat, kekurangan testosteron boleh menyebabkan kemurunganteruk, osteoporosis, anemia dan masalah kesihatan serius seperti sindrommetabolisme – yang boleh menyebabkan diabetes dan sakit jantung. Sindrom metabolisme merupakan masalah perubatan yang dicirikan olehkegemukan dan gangguan insulin yang menyebabkan kandungan gula darah tidaknormal, tahap kolesterol tinggi dan hipertensi ringan. ‘‘Lelaki yang kehilangan nafsu seks, kekurangan tenaga, masalah tumpuan,lemak badan berlebihan dan jisim otot dan tulang yang merosot mungkindibelenggu keadaan perubatan yang dinamakan sindrom kekurangantestosteron. ‘‘Disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk juga disebabkan oleh kekurangantestosteron – malah 20 peratus daripada lelaki yang menghidap ED mempunyaimasalah ini,’’ kata beliau. Menurutnya, kekurangan testosteron juga kerap berlaku di kalangan parapenghidap diabetes melitus jenis 2. Berdasarkan kepada kajian komuniti, kata Dr. Tan, kira-kira 18.5 peratusdaripada lelaki Malaysia disahkan mengalami penyakit ini tetapi angka yangsebenar mungkin lebih tinggi. ‘‘Malangnya, lelaki tidak mendapatkan rawatan untuk menangani masalahkekurangan testosteron kerana mereka tidak sedar kesan buruk yang dibawaoleh masalah ini. ‘‘Di Malaysia, kesedaran mengenai keadaan ini masih lagi rendah dan olehitu ia tidak dapat didiagnosis dan diberikan rawatan yang sewajarnya,’’jelasnya. Tambahnya, memandangkan kemerosotan kadar testosteron adalah sebahagiandaripada proses penuaan, masalah ini perlu ditangani sekiranya disusulioleh gejala-gejala seperti kemerosotan fungsi seks, gangguan mood danpenurunan tahap tenaga keseluruhan. Ini kerana, masalah berulang seperti itu boleh merendahkan harga diriseorang lelaki, menjadikan hubungan pasangan tegang, mengganggu kerjayadan juga menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Terapi suntikan testosteron tahan lama pertama di dunia Memperkenalkan Nebido® – terapi testosteron yang selamat, berkesan danmenyenangkan untuk memulihkan kesejahteraan seksual, fizikal, mental danprestasi lelaki, sekali gus menambah baik kualiti hidup mereka. ‘‘Nebido® adalah sejenis terapi suntikan testosteron tahan lama yangpertama dihasilkan di dunia untuk menangani kekurangan testosteron. ‘‘Ini sememangnya berita baik bagi lelaki berusia 40 tahun ke atas yangberada di kemuncak kerjaya masing-masing, tetapi mengalami kemerosotandari segi prestasi seksual, fizikal dan mental akibat kekurangantestosteron,’’ kata Pakar Runding Urologi dan Profesor Urologi danKeseksualan Manusia, Hamburg, Jerman, Dr. Aksam A. Yassin. Beliau berkata, Nebido® memberikan harapan baru kepada lelaki Malaysia dimana mereka boleh kembali lebih yakin, bebas dan menikmati kualitikehidupan yang lebih baik. Terapi ini terbukti melalui ujian klinikal dalam meningkatkan nafsu danfungsi seks, menambahkan jisim dan kekuatan otot, mengurangkan lemak badandan memberikan kesan positif terhadap mood. Penggunaan Nebido®, tambahnya, serasi dengan gaya hidup lelaki moden dansenang untuk digunakan – malah ia ‘berfungsi’ setiap hari tanpa memerlukanrawatan harian. ‘‘Nebido® membekalkan badan dengan dos testosteron yang stabil dan tetapdalam jangka panjang. ‘‘Kajian mengesahkan bahawa Nebido® mengekalkan kadar testosteron dalamdarah dalam julat biasa selama kira-kira tiga bulan. Justeru, empat dossetahun biasanya diperlukan,’’ ujar Dr. Aksam. Oleh kerana Nebido® diberikan oleh doktor, keselamatan pesakit dapatdikawal dan diawasi dengan lebih baik. Setakat ini Nebido® diterima denganbaik oleh kebanyakan pesakit dan mempunyai kesan sampingan minimum. Profesor berkenaan turut menyarankan agar lelaki yang mengalami gejalakekurangan testosteron memeriksa kadar testosteron dan membincangkanpilihan rawatan dengan doktor. Rawatan sedia ada mengekalkan kadar testosteron biasa badan untuk tempohyang singkat, justeru ia perlu diberi dengan kerap. Rawatan testosteron seperti Nebido® memberikan pilihan terapi lebih baikkepada lelaki Malaysia. Lagipun, rawatan ini juga mudah, selamat danberkesan. Sehingga kini, Nebido® telah diluluskan di lebih 20 negara di seluruhdunia termasuk Korea Selatan, Filipina, Indonesia dan Australia. Nebido® juga telah mendapat kelulusan di Malaysia sebagai rawatan sindromkekurangan testosteron pada 10 Ogos 2006. Apa itu testosteron? Testosteron merupakan hormon seks terpenting lelaki yang dihasilkan olehbadan. Pada awal tumbesaran, ia bertanggungjawab bagi pertumbuhan normal danperkembangan organ seks mereka. Begitu juga dengan ciri-ciri fizikalbersifat kelelakian seperti rerambut di badan dan otot-otot. Paras testosteron yang normal menyumbang kepada tenaga, fungsi seksual,mood dan libido. Dalam kebanyakan lelaki, testosteron dirembeskan secaraautomatik. Ia dihasilkan oleh testis (kelenjar seks lelaki) setelah mendapat isyaratyang dihantar oleh hipotalamus dan kelenjar pituitari yang terletak dibahagian dasar otak. Sindrom kekurangan testosteron Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, testis tidak berupaya memenuhikeperluan testosteron tubuh. Keadaan ini juga dikenali sebagaihypogonadism. Banyak kemungkinan yang menyebabkan masalah ini seperti ketidaknormalangenetik, kecederaan pada testis dan ubat-ubatan tertentu. Bagaimanapun, penuaan memainkan peranan utama dalam kemerosotan progresifparas testostero, yang turut dikenali sebagai sindrom kekurangantestosteron lambat-mula, lazimnya dihidapi oleh lelaki 40-an. Beberapa kajian (Massachusetts Male Aging Study in 1991, Vermeulen Studyin 1972) telah mengesahkan bahawa kadar testosteron aktif menurun seiringpeningkatan usia, bermula dari umur 40 tahun, kira-kira 1.2 peratuskemerosotan setahun. Menjelang usia 70 tahun, seseorang lelaki itu kehilangan hingga kira-kira35 peratus daripada jumlah testosteron aktif asal mereka. Kebanyakanpesakit diabetes turut mempunyai paras testosteron rendah. Lain-lain faktor termasuklah kegagalan testis untuk berfungsi mungkindisebabkan oleh masalah keturunan, bahan-bahan toksik atau beracun, tumor,pembedahan dan lain-lain. Simptom Antara aduan biasa yang dikaitkan dengan masalah kekurangan testoterontermasuklah: * Tidak bernafsu dan lemah tenaga batin * ED dan kekerapan ereksi yang menurun * Lemak badan berlebihan * Jisim otot dan tulang yang merosot * Tidak dapat menumpukan perhatian * Rasa lemah dan tidak bermaya * Kemurungan. Diagnosis Kaum Adam yang memperlihatkan tanda atau gejala-gejala kekurangantestosteron hendaklah berjumpa doktor untuk memeriksa para testosteronmereka. Seseorang itu dikenal pasti mempunyai masalah testosteron yang rendah jikatahap testosteron darah mereka berada di bawah 12 nmol/L (paras normal diantara 12 nmol/L dan 40 nmol/L). Doktor juga akan menilai sejarah perubatan pesakit, mengendalikanpemeriksaan fizikal yang umum dan pemeriksaan prostat untuk mengesahkankeadaannya. Rawatan Walau apa pun punca dan penyebabnya, kekurangan testosteron bolehmenjejaskan keinginan seks, tidak bertenaga dan hilang mood. Usah bimbang. Kekurangan testosteron boleh dirawat dengan caramengembalikan kadar testosteron di dalam tubuh badan dalam lingkunganparas yang normal. Sehingga kini, terapi testosteron merupakan rawatan terbaik bagi masalahkekurangan testosteron yang telah terbukti keberkesanannya di dalam banyakkajian serta pengalaman klinikal yang bertahun-tahun lamanya.

No comments: