Wednesday, November 21, 2007

ERTI BEBAS KEWANGAN

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewanganatau kewangan mandiri.Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadijutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun,sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan.

Apakah maksudbebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income)kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.

Dalam kata lain, walaupunkita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampungperbelanjaan bulanan.Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000,kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.*Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberipulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan. *Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatankita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan darisewa rumah adalah RM1,000 *Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yangmemberi pulangan RM1,500 sebulan Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100sebulan.

Dengan ini, anda telah menjadi kewangan bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untukmenjadi jutawan adalah lebih mudah!