Wednesday, November 21, 2007

ERTI BEBAS KEWANGAN

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi bebas kewanganatau kewangan mandiri.Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadijutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun,sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan.

Apakah maksudbebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income)kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.

Dalam kata lain, walaupunkita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampungperbelanjaan bulanan.Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000,kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.*Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000- ini memberipulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan. *Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatankita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan darisewa rumah adalah RM1,000 *Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yangmemberi pulangan RM1,500 sebulan Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100sebulan.

Dengan ini, anda telah menjadi kewangan bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untukmenjadi jutawan adalah lebih mudah!

Monday, September 24, 2007

TIP KEWANGAN DARIPADA SEGMEN WW-BERSAMA DR IRFAN HAIRI

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk
simpan 10% daripada pendapatan kita.
Konsep "Pay yourself first!"
 
Adakah anda melakukan ini?
 
Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik
The Richest Man inBabylon, yang mengatakan untuk
simpan apa sahaja pendapatn hartakita 1/10 bahagian.

Zaman kini, kita gunakan 10%. Bagi mereka yang
tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana
ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam
tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak
melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak
simpan 10% daripada pendapatan amat sukar.
Sebab hujung bulan, memang habis semua duit,
tak sempat menyimpan pun!
 
Jadi bagaimana?
 
Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan
10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja.
Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja.
Takkan simpan RM20 tak boleh?
 
Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa
dengan menyimpan 1%,
naikkan kepada 2%. Menjadi
RM40 sebulan.
Teruskan sehingga 3%... 4%...
berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini,
dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan
10% daripada pendapatan anda.
 
Sekiranya tidak boleh menyimpan 10%
kerana terasa amat sukar, tidak mengapa,
mulakan dengan 1% sahaja dulu.
Sikit-sikit,
lama-lama jadi
bukit!
 
Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat
gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu.
Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2
tanggungan hidup.
 
Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan
mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang
amat penting untuk semua ketahui adalah
konsep "compounding".
 
Compounding adalah konsep yang paling penting
untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana
ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.
 
Maksud compounding adalah wang yang anda
laburkan, dan menerima pulangan pelaburan,
akan berkembang dan menerima pulangan
pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.
 
Maksudnya, sekiranya anda laburkan
RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan
10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan.
RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun
berikutnya... dan seterusnya.
 
Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%,
wang anda akan berganda 2.
 
*Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh,
akan menjadi RM200.
 
*Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh
selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
 
*Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya,
dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama
7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi
RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah,
goyang kaki! Ini antara sebab mengapa yang
kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami
konsep penting COMPOUNDING!
 
Jadi, simpanan anda bulan-bulan 10%
(pay yourself first), laburkannya untuk
mendapat pulangan 10% pula. Dan segala
simpanan anda akan berganda dua kali
dalam masa 7 tahun!
 
Laburkan secara selamat dan halal
melalui institusi kewangan
yang sah :)

Monday, September 10, 2007

Kerja Full-time, Bisnes Part-time. Apakah Alasan Anda?

Selepas terbitnya artikel mengenai masalah persaraan di kalangan rakyat Malaysia di dalam akhbar The Star baru-baru ini, diharapkan makin ramai di antara kita menjadi semakin peka untuk membuat perancangan dan bertindak untuk mengatasi masalah yang bakal menimpa ini. Masalah kekurangan dana untuk persaraan bukannya masalah kepada golongan yang hampir kepada persaraan sahaja, namun ianya juga berkaitan dengan anda yang mungkin berumur dua puluhan atau tiga puluhan. Ini disebabkan masalahnya akan timbul sekiranya kesedaran tidak dipupuk pada awal-awal lagi. Pada pendapat peribadi, saya tidak berstuju dengan pendapat pakar mengatakan yang kita perlu melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun supaya golongan yang akan bersara ini akan mempunyai lebihan tahun untuk bekerja sebelum bersara. Jadi, jika 60 tahun tidak cukup nanti, perlukah kita lanjutkan sehingga ke umur seterusnya? Maaflah jika apa yang saya nyatakan ini menyinggung sesiapa. Niat saya adalah ikhlas untuk membantu. Apa yang perlu kita terapkan adalah satu konsep "multiple streams of income" atau mata pencarian yang melebihi daripada satu pendapatan. Pakar filosofi perniagaan terkenal di Amerika Syarikat,Jim Rohn, berkata "bina perniagaan secara part-time disamping bekerja secara full-time sehinggalah perniagaan anda maju dan dapat memberikan pulangan yang lumayan, sehinggalah anda mampu berhenti bekerja dengan orang lain". Dan kita juga tahu yang 90% rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Ayuh! Mari kita mulakannya! Usah tunggu lagi. Ya, saya juga mendengar rintihan yang perniagaan adalah sukar dan memerlukan usaha yang kuat. Baiklah, anda cuma ada dua pilihan. 1. Teruskan dengan hidup anda sekarang tanpa usaha untuk merubah kehidupan kepada yang lebih sempurna. 2. Bertindak dengan melakukan sedikit perubahan untuk masa depan anda dan keluarga anda supaya ianya lebih terjamin. Jika peluang perniagaan dikatakan kurang, lihatlah di sekeliling anda. Perhatikan peluang yang ada denganteliti. Mintalah bantuan daripada mereka yang telahberjaya. Memang benar! Hidup bukannya sentiasa mudah. Kejayaantidak akan datang bergolek tetapi kekesalan pada masaakan datang disebabkan anda tidak mengambil tindakanuntuk memajukan diri anda sendiri adalah lebih peritdaripada kesusahan yang anda lalui semasa memperbaiki
diri anda sekarang

Sunday, September 9, 2007

TEKA-TEKI IMAM GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang " I
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI= " Apa yang paling berat didunia "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " I
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

wanita:akalnya senipis rambut....

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.Didiklah mereka dengan panduan darinya.Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya merekasemakin liar.Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akansemakin derita.Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatandunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...Jinakkan diri kepada allah...Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

skim piramid dan

skim piramid dan M L M bagai tidak dapat dipisahkan... perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan

Jadi, betulkan M L M itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biarsaya berikan 3 senario di bawah:1. Sebuah kerajaan mempunyai seorangpresiden atau perdana menteri, diikutioleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dansebagainya.Cuba perhatikan...Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pulajumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahuselebihnya bukan?2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengannaib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus?Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentukucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramaiorang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliaumendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebihbagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?Senario manakah lebih adil?Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalahmenyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yangmenggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yangkukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan kebelakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannyamengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahiundang-undang.Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.

Terapi testosteron ‘lelaki menopaus’

DALAM pada wanita sering dipersalahkan apabila melalui krisis pertengahanusia dan dikaitkan dengan ‘ketidaknormalan’ menopaus, pasangan mereka pulaseolah-olah mendabik dada sambil mempropagandakan mitos tentang betapalelaki tidak dimakan usia. Lelaki tidak akan suka mendengar ini. Tetapi hakikatnya, mereka juga tidakterkecuali mendapat menopaus lelaki atau lebih tepat lagi, andropaus.Terimalah kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Pakar Runding Urologi, Datuk Dr. Tan Hui Meng berkata, testosteron iaituhormon seks lelaki yang utama akan berkurangan sebanyak satu peratussetiap tahun selepas lelaki mencecah usia 40 tahun. Jika tidak dirawat, kekurangan testosteron boleh menyebabkan kemurunganteruk, osteoporosis, anemia dan masalah kesihatan serius seperti sindrommetabolisme – yang boleh menyebabkan diabetes dan sakit jantung. Sindrom metabolisme merupakan masalah perubatan yang dicirikan olehkegemukan dan gangguan insulin yang menyebabkan kandungan gula darah tidaknormal, tahap kolesterol tinggi dan hipertensi ringan. ‘‘Lelaki yang kehilangan nafsu seks, kekurangan tenaga, masalah tumpuan,lemak badan berlebihan dan jisim otot dan tulang yang merosot mungkindibelenggu keadaan perubatan yang dinamakan sindrom kekurangantestosteron. ‘‘Disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk juga disebabkan oleh kekurangantestosteron – malah 20 peratus daripada lelaki yang menghidap ED mempunyaimasalah ini,’’ kata beliau. Menurutnya, kekurangan testosteron juga kerap berlaku di kalangan parapenghidap diabetes melitus jenis 2. Berdasarkan kepada kajian komuniti, kata Dr. Tan, kira-kira 18.5 peratusdaripada lelaki Malaysia disahkan mengalami penyakit ini tetapi angka yangsebenar mungkin lebih tinggi. ‘‘Malangnya, lelaki tidak mendapatkan rawatan untuk menangani masalahkekurangan testosteron kerana mereka tidak sedar kesan buruk yang dibawaoleh masalah ini. ‘‘Di Malaysia, kesedaran mengenai keadaan ini masih lagi rendah dan olehitu ia tidak dapat didiagnosis dan diberikan rawatan yang sewajarnya,’’jelasnya. Tambahnya, memandangkan kemerosotan kadar testosteron adalah sebahagiandaripada proses penuaan, masalah ini perlu ditangani sekiranya disusulioleh gejala-gejala seperti kemerosotan fungsi seks, gangguan mood danpenurunan tahap tenaga keseluruhan. Ini kerana, masalah berulang seperti itu boleh merendahkan harga diriseorang lelaki, menjadikan hubungan pasangan tegang, mengganggu kerjayadan juga menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Terapi suntikan testosteron tahan lama pertama di dunia Memperkenalkan Nebido® – terapi testosteron yang selamat, berkesan danmenyenangkan untuk memulihkan kesejahteraan seksual, fizikal, mental danprestasi lelaki, sekali gus menambah baik kualiti hidup mereka. ‘‘Nebido® adalah sejenis terapi suntikan testosteron tahan lama yangpertama dihasilkan di dunia untuk menangani kekurangan testosteron. ‘‘Ini sememangnya berita baik bagi lelaki berusia 40 tahun ke atas yangberada di kemuncak kerjaya masing-masing, tetapi mengalami kemerosotandari segi prestasi seksual, fizikal dan mental akibat kekurangantestosteron,’’ kata Pakar Runding Urologi dan Profesor Urologi danKeseksualan Manusia, Hamburg, Jerman, Dr. Aksam A. Yassin. Beliau berkata, Nebido® memberikan harapan baru kepada lelaki Malaysia dimana mereka boleh kembali lebih yakin, bebas dan menikmati kualitikehidupan yang lebih baik. Terapi ini terbukti melalui ujian klinikal dalam meningkatkan nafsu danfungsi seks, menambahkan jisim dan kekuatan otot, mengurangkan lemak badandan memberikan kesan positif terhadap mood. Penggunaan Nebido®, tambahnya, serasi dengan gaya hidup lelaki moden dansenang untuk digunakan – malah ia ‘berfungsi’ setiap hari tanpa memerlukanrawatan harian. ‘‘Nebido® membekalkan badan dengan dos testosteron yang stabil dan tetapdalam jangka panjang. ‘‘Kajian mengesahkan bahawa Nebido® mengekalkan kadar testosteron dalamdarah dalam julat biasa selama kira-kira tiga bulan. Justeru, empat dossetahun biasanya diperlukan,’’ ujar Dr. Aksam. Oleh kerana Nebido® diberikan oleh doktor, keselamatan pesakit dapatdikawal dan diawasi dengan lebih baik. Setakat ini Nebido® diterima denganbaik oleh kebanyakan pesakit dan mempunyai kesan sampingan minimum. Profesor berkenaan turut menyarankan agar lelaki yang mengalami gejalakekurangan testosteron memeriksa kadar testosteron dan membincangkanpilihan rawatan dengan doktor. Rawatan sedia ada mengekalkan kadar testosteron biasa badan untuk tempohyang singkat, justeru ia perlu diberi dengan kerap. Rawatan testosteron seperti Nebido® memberikan pilihan terapi lebih baikkepada lelaki Malaysia. Lagipun, rawatan ini juga mudah, selamat danberkesan. Sehingga kini, Nebido® telah diluluskan di lebih 20 negara di seluruhdunia termasuk Korea Selatan, Filipina, Indonesia dan Australia. Nebido® juga telah mendapat kelulusan di Malaysia sebagai rawatan sindromkekurangan testosteron pada 10 Ogos 2006. Apa itu testosteron? Testosteron merupakan hormon seks terpenting lelaki yang dihasilkan olehbadan. Pada awal tumbesaran, ia bertanggungjawab bagi pertumbuhan normal danperkembangan organ seks mereka. Begitu juga dengan ciri-ciri fizikalbersifat kelelakian seperti rerambut di badan dan otot-otot. Paras testosteron yang normal menyumbang kepada tenaga, fungsi seksual,mood dan libido. Dalam kebanyakan lelaki, testosteron dirembeskan secaraautomatik. Ia dihasilkan oleh testis (kelenjar seks lelaki) setelah mendapat isyaratyang dihantar oleh hipotalamus dan kelenjar pituitari yang terletak dibahagian dasar otak. Sindrom kekurangan testosteron Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, testis tidak berupaya memenuhikeperluan testosteron tubuh. Keadaan ini juga dikenali sebagaihypogonadism. Banyak kemungkinan yang menyebabkan masalah ini seperti ketidaknormalangenetik, kecederaan pada testis dan ubat-ubatan tertentu. Bagaimanapun, penuaan memainkan peranan utama dalam kemerosotan progresifparas testostero, yang turut dikenali sebagai sindrom kekurangantestosteron lambat-mula, lazimnya dihidapi oleh lelaki 40-an. Beberapa kajian (Massachusetts Male Aging Study in 1991, Vermeulen Studyin 1972) telah mengesahkan bahawa kadar testosteron aktif menurun seiringpeningkatan usia, bermula dari umur 40 tahun, kira-kira 1.2 peratuskemerosotan setahun. Menjelang usia 70 tahun, seseorang lelaki itu kehilangan hingga kira-kira35 peratus daripada jumlah testosteron aktif asal mereka. Kebanyakanpesakit diabetes turut mempunyai paras testosteron rendah. Lain-lain faktor termasuklah kegagalan testis untuk berfungsi mungkindisebabkan oleh masalah keturunan, bahan-bahan toksik atau beracun, tumor,pembedahan dan lain-lain. Simptom Antara aduan biasa yang dikaitkan dengan masalah kekurangan testoterontermasuklah: * Tidak bernafsu dan lemah tenaga batin * ED dan kekerapan ereksi yang menurun * Lemak badan berlebihan * Jisim otot dan tulang yang merosot * Tidak dapat menumpukan perhatian * Rasa lemah dan tidak bermaya * Kemurungan. Diagnosis Kaum Adam yang memperlihatkan tanda atau gejala-gejala kekurangantestosteron hendaklah berjumpa doktor untuk memeriksa para testosteronmereka. Seseorang itu dikenal pasti mempunyai masalah testosteron yang rendah jikatahap testosteron darah mereka berada di bawah 12 nmol/L (paras normal diantara 12 nmol/L dan 40 nmol/L). Doktor juga akan menilai sejarah perubatan pesakit, mengendalikanpemeriksaan fizikal yang umum dan pemeriksaan prostat untuk mengesahkankeadaannya. Rawatan Walau apa pun punca dan penyebabnya, kekurangan testosteron bolehmenjejaskan keinginan seks, tidak bertenaga dan hilang mood. Usah bimbang. Kekurangan testosteron boleh dirawat dengan caramengembalikan kadar testosteron di dalam tubuh badan dalam lingkunganparas yang normal. Sehingga kini, terapi testosteron merupakan rawatan terbaik bagi masalahkekurangan testosteron yang telah terbukti keberkesanannya di dalam banyakkajian serta pengalaman klinikal yang bertahun-tahun lamanya.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat
>berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahualam.

Thursday, September 6, 2007

MEMAHAMI MINDA JUTAWAN

Dr Thomas J Stanley, penulis buku terlaris "The Millionairs Mind"
telah membuat penyelidikan atas berats-ratus jutawan untuk
memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk
mencapai kecemerlangan dari segi kewangan. Berikut adalah carta
Millionaire's Mind menurut turutan:

1. Jujur dengan semua orang
2. Berdisiplin
3. Mesra dengan semua orang
4. Mempunyai teman hidup yang memahami
5. Bekerja lebih masa dari orang lain
6. Mencintai kerja atau karier mereka
7. Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat
8. Mempunyai daya saing yang tinggi
9. Teratur dan terurus
10. Kebolehan menjual idea sendiri atau produk sendiri


Jujur dengan semua orang
========================

Menurut kajian Dr Stanley, sifat jujur merupakan faktor utama dalam
mencapai kecemerlangan dalam kewangan. Kejujuran merupakan prinsip
yang dipegang oleh setiap jutawan yang ditemuramah oleh Dr Stanley.

Berdisipilin
============

Faktor ke-dua adalah mempunyai disiplin yang tinggi. Dalam mencapai
apa sahaja yang berbaloi, sudah tentu mempunyai pengorbanan yang
setimpal. Disiplin diperlukan dalam pengorbanan tidak kira dari
segi pengorbanan wang, masa dan juga tenaga dalam mencapai
cita-cita.

Mesra dengan semua orang
========================

Dr Stanley mendapati faktor ketiga adalah jutawan-jutawan ini mudah
didampingi dan mesra dengan semua orang. Mereka adalah dari
golongan yang mudah bergaul dengan berbagai-bagai pihak. Kebolehan
ini merupakan kekuatan komunikasi seseorang dengan orang
disekeliling. Kebolehan berkomunikasi adalah penting oleh kerana
ianya dikatakan 85% kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka
yang berada disekeliling kita.

Mempunyai teman hidup yang memahami
===================================

Ya, isteri atau suami yang memahami adalah antara faktor penting
mencapai kecemerlangan kewangan! Teman hidup seseorang bakal
jutawan perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai
cita-cita yang tinggi. Pepatah Inggeris berbunyi "Behind every
successful men, there's a women" - Begitu juga sebaliknya bagi
golongan wanita yang berjaya!

Bekerja lebih masa dari orang lain
==================================

Secara purata, kebanyakan daripada kita bekerja 45-50 jam satu
minggu. Mereka yang Berjaya dalam kewangan meluangkan lebih masa
untuk kerja dan karier mereka. Kebanyakannya bekerja lebih dari 70
jam setiap minggu sehingga 90 jam setiap minggu. Ini jelas
menunjukkan bahawa jutawan-jutawan ini kerja dua kali ganda lebih
daripada orang biasa.

Mencintai kerja dan karier mereka
=================================

Bukan lagi rahsia bahawa dalam mencapai kejayaan kewangan,
seseorang itu perlu ghairah dengan apa kerja atau karier mereka.
Billionaire muda Michael Dell, pengasas Dell Computers sememangnya
minat dengan kompter sejak dibangku sekolah lagi. Ketika itu,
beliau membina dan memasang komputer dan memberikanya secara
percuma kepada rakan-rakan. Minat dan keghairahan beliau terhadap
komputer telah dibawanya menjadi perniagaan yang disegani sehingga
kini.

Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat
=======================================

Kebanyakan daripada mereka yang mencapai status jutawan memiliki
perniagaan sendiri. Dalam memiliki perniagaan, sudah tentu perlu
mengendalikan pekerja-pekerja. Kebolehan pimpinan diperlukan dalam
mendeligasi segala kerja syarikat kepada pekerja-pekerja.

Mempunyai daya saing yang tinggi
================================

Jutawan terdiri daripada mereka yang mempunyai daya saingan yang
tinggi. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan dan keinginan bersaing
dalam pelbagai bidang- dan kebanyakannya, mereka ingin menang!

Teratur dan terurus
===================

Sering kali topik pengurusan masa dan pengurusan diri tidak akan
lari apabila berbincang tentang kejayaan. Salah satu faktor utama
kecemerlangan kewangan adalah untuk menjadi seorang yang teratur
dan terurus. Sememangnya, setiap insan di dunia hanya mempunyai
24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun mengendalikan
hidup mereka sehari. Kita semua mempunyai masa yang sama. Mereka
yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masa, hari, bulan
dan tahun yang diberikan sebaik mungkin.

Kebolehan menjual idea atau produk sendiri
==========================================

9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kebolehan menjual
idea atau produk adalah kebolehan utama dalam menjayakan sesuatu
perniagaan.

Penyelidikan atas jutawan-jutawan dapat memberi gambaran yang lebih
jelas minda seseorang jutawan. Untuk menjadi jutawan, anda tidak
perlu mencipta kaedah atau teknik baru. Pelajari dan lakukan sahaja
apa yang dilakukan oleh jutawan-jutawan lain!