Thursday, September 6, 2007

MEMAHAMI MINDA JUTAWAN

Dr Thomas J Stanley, penulis buku terlaris "The Millionairs Mind"
telah membuat penyelidikan atas berats-ratus jutawan untuk
memahami, apakah sebenarnya faktor-faktor yang diperlukan untuk
mencapai kecemerlangan dari segi kewangan. Berikut adalah carta
Millionaire's Mind menurut turutan:

1. Jujur dengan semua orang
2. Berdisiplin
3. Mesra dengan semua orang
4. Mempunyai teman hidup yang memahami
5. Bekerja lebih masa dari orang lain
6. Mencintai kerja atau karier mereka
7. Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat
8. Mempunyai daya saing yang tinggi
9. Teratur dan terurus
10. Kebolehan menjual idea sendiri atau produk sendiri


Jujur dengan semua orang
========================

Menurut kajian Dr Stanley, sifat jujur merupakan faktor utama dalam
mencapai kecemerlangan dalam kewangan. Kejujuran merupakan prinsip
yang dipegang oleh setiap jutawan yang ditemuramah oleh Dr Stanley.

Berdisipilin
============

Faktor ke-dua adalah mempunyai disiplin yang tinggi. Dalam mencapai
apa sahaja yang berbaloi, sudah tentu mempunyai pengorbanan yang
setimpal. Disiplin diperlukan dalam pengorbanan tidak kira dari
segi pengorbanan wang, masa dan juga tenaga dalam mencapai
cita-cita.

Mesra dengan semua orang
========================

Dr Stanley mendapati faktor ketiga adalah jutawan-jutawan ini mudah
didampingi dan mesra dengan semua orang. Mereka adalah dari
golongan yang mudah bergaul dengan berbagai-bagai pihak. Kebolehan
ini merupakan kekuatan komunikasi seseorang dengan orang
disekeliling. Kebolehan berkomunikasi adalah penting oleh kerana
ianya dikatakan 85% kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka
yang berada disekeliling kita.

Mempunyai teman hidup yang memahami
===================================

Ya, isteri atau suami yang memahami adalah antara faktor penting
mencapai kecemerlangan kewangan! Teman hidup seseorang bakal
jutawan perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk mencapai
cita-cita yang tinggi. Pepatah Inggeris berbunyi "Behind every
successful men, there's a women" - Begitu juga sebaliknya bagi
golongan wanita yang berjaya!

Bekerja lebih masa dari orang lain
==================================

Secara purata, kebanyakan daripada kita bekerja 45-50 jam satu
minggu. Mereka yang Berjaya dalam kewangan meluangkan lebih masa
untuk kerja dan karier mereka. Kebanyakannya bekerja lebih dari 70
jam setiap minggu sehingga 90 jam setiap minggu. Ini jelas
menunjukkan bahawa jutawan-jutawan ini kerja dua kali ganda lebih
daripada orang biasa.

Mencintai kerja dan karier mereka
=================================

Bukan lagi rahsia bahawa dalam mencapai kejayaan kewangan,
seseorang itu perlu ghairah dengan apa kerja atau karier mereka.
Billionaire muda Michael Dell, pengasas Dell Computers sememangnya
minat dengan kompter sejak dibangku sekolah lagi. Ketika itu,
beliau membina dan memasang komputer dan memberikanya secara
percuma kepada rakan-rakan. Minat dan keghairahan beliau terhadap
komputer telah dibawanya menjadi perniagaan yang disegani sehingga
kini.

Mempunyai kebolehan pimpinan yang hebat
=======================================

Kebanyakan daripada mereka yang mencapai status jutawan memiliki
perniagaan sendiri. Dalam memiliki perniagaan, sudah tentu perlu
mengendalikan pekerja-pekerja. Kebolehan pimpinan diperlukan dalam
mendeligasi segala kerja syarikat kepada pekerja-pekerja.

Mempunyai daya saing yang tinggi
================================

Jutawan terdiri daripada mereka yang mempunyai daya saingan yang
tinggi. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan dan keinginan bersaing
dalam pelbagai bidang- dan kebanyakannya, mereka ingin menang!

Teratur dan terurus
===================

Sering kali topik pengurusan masa dan pengurusan diri tidak akan
lari apabila berbincang tentang kejayaan. Salah satu faktor utama
kecemerlangan kewangan adalah untuk menjadi seorang yang teratur
dan terurus. Sememangnya, setiap insan di dunia hanya mempunyai
24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun mengendalikan
hidup mereka sehari. Kita semua mempunyai masa yang sama. Mereka
yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masa, hari, bulan
dan tahun yang diberikan sebaik mungkin.

Kebolehan menjual idea atau produk sendiri
==========================================

9 daripada 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Kebolehan menjual
idea atau produk adalah kebolehan utama dalam menjayakan sesuatu
perniagaan.

Penyelidikan atas jutawan-jutawan dapat memberi gambaran yang lebih
jelas minda seseorang jutawan. Untuk menjadi jutawan, anda tidak
perlu mencipta kaedah atau teknik baru. Pelajari dan lakukan sahaja
apa yang dilakukan oleh jutawan-jutawan lain!

No comments: