Thursday, June 12, 2008

Nasihat Perniagaan Abdul Rahman b Auf

Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar
termasyur yang dijanjikan syurga.

Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya
sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Jawabnya:

1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit...
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang
meminta...
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran...

Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:

1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita
terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah
target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat... rezeki
masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan
pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan
dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang
tinggi.
3. Cash transaction only

Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh
diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategy anda dalam
menjalankan perniagaan

Dengan ini, saya pun buka satu kategori baru dalam Tip Satu Minit:
9/10 iaitu tip perniagaan berkonsepkan sejarah Islam. Setuju?

Semoga Tip Perniagaan 9/10 dapat memberi manfaat kepada anda!

No comments: