Tuesday, May 20, 2008

KERJA SEKALI PENDAPATAN SAMPAI BILA-BILA

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV
saya, WW di Astro Awani "Wanita & Wang". Jadi, ini tip saya dari
segmen saya pagi tadi... bukan untuk Wanita sahaja... Lelaki pun!

Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan
sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah:
Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi
jutawan!

Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang
berulang...

Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu.
Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album
sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari
jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi
barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi
multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti
dari jualan album ke seluruh dunia!

"Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!"

Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok
Jangan Tidur Lagi, TV3 tau lah!), kita boleh menulis buku. Penulis
buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku. Mungkin ia
mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan
dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku
pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat
pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga
saya mendapat pendapatan setiap bulan...

"Tapi IK, saya tak pandai menulis... camne?"

Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah.
Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada
bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan
rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi
pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!

"IK, hartanah ni kita perlu modal besar... saya takde modal camne?"

Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.

Pernah anda lihat "battery indicator" pada battery Duracell? pernah
anda menggunakan "Post-it"? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse
atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak
bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini
semua antara idea yang telah menjadi "patent". Setiap kali idea
tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!

"IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru..."

Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi "residual income".
Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, bina satu
perniagaan kecil yang memerlukan minima masa anda. Pendapatan residual
akan terus datang kepada anda. Perniagaan Internet adalah satu pilihan.

"IK... kalau saya tak pandai berniaga?"

Haa... di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah
Kamsah:

"Orang lain buat duit, kita buat alasan!"

Banyak cara untuk menjana pendapatan... banyak cara untuk menjana
pendapatan secara residual. Tetapi, kalu banyak alasan, jangankan
residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun,
kita takkan dapat Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam
Al-Quran: banyak-banyak membaca... cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak
boleh, kita bolehkan juga. Insya-Allah.

No comments: